Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Wednesday, May 6, 2009
Khasiat Asmaul Husna
Khasiat Asmaul Husna
Sesungguhnya amat besar ganjarannya bagi orang yang bibirnya sentiasa basah dalam menyebut kalimah-kalimah Allah. Setiap satu nama Allah mempunyai maksud tertentu yang mempunyai pengertian yang amat besar. Berikut diterangkan antara khasiat-khasiat yang boleh diperolehi dengan menyebut nama-namaNya:

Apabila dibaca kalimah diatas sebanyak 33x setiap kali selesai solat fardhu, Allah SWT akan menjadikan pembacanya sebagai ahli Asror (mempunyai keistimewaan yang khusus).

Sekiranya ingin mendapatkan cahaya keimanan, maka bacalah kalimah di atas sebanyak 100x setelah selesai mandi jumaat (1x dalam seminggu)

Bagi sesiapa yang membaca kalimah diatas sebanyak 116x setiap hari, insya Allah akan memperolehi kekuatan yang khusus baginya.

Sekiranya dibaca sebanyak 130x dalam sehari, maka dengan izin Allah segala kelemahan jasadnya akan hilang.

Sekiranya dibaca sebanyak 130x dalam sehari, maka dengan izin Allah segala kelemahan jasadnya akan hilang.

Sekiranya dibaca sebanyak 7x setiap hari atau selepas solat fardhu, maka Allah SWT akan memberikan ilmu Wahbi.

Bagi memperolehi kasih sayang, hendaklah dibaca 7x selepas setiap kali mengerjakan solat atau setiap hari.

Untuk memperolehi kemurahan rezeki, dianjurkan supaya berpuasa selama 3 hari berturut-turut (hari rabu, khamis dan jumaat) sambil membaca pada siang dan malam harinya tanpa had tertentu.

Barang siapa mempunyak hajat/keinginan terutama berkenaan dengan rezeki, hendaklah dia membaca doa ini selepas solat jumaat sebanyak 70x dengan catatan masih dalam sikap tasayahhud akhir dan belum berkata-kata. Insya allah tidak datang kepadanya jumaat yang kedua kecuali Allah SWt telah mengabulkan permintaannya.

Keagungan ALLAH

Sesungguhnya tidak ada kehidupan yang kekal abadi di dunia ini. Kehidupan manusia di muka bumi ini hanyalah sementara. Akhirat jua tempat tinggal yang kekal abadi. Sebagai umat Nabi Muhammad, kita sentiasa terpelihara dan mendapat rahmat dari Allah SWT.
Sebagaimana kita sedia maklum, Nabi Muhammad adalah nabi terakhir yang diutuskan Allah untuk seluruh umat manusia. Tiada lagi nabi yang diutuskan selepas baginda. Selepas kewafatan baginda, bermulalah era akhir zaman dimana dunia akan mengalami kehancuran. Terdapat pelbagai tanda yang telah diturunkan oleh Allah SWT sebagai tanda dunia telah berada di ambang kiamat.
Berikut disenaraikan gambar-gambar yang membuktikan keagungan, kebesaran dan kekuasaan Allah SWT untuk dijadikan santapan rohani serta pedoman dalam meniti perjalanan menuju dunia akhirat.

Subscribe to:
Posts (Atom)